LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Shaprijal Bin Jifudin

Umur  : 26 tahun

Pekerjaan : Sektor Swasta

Pendidikan : Diploma

1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan En. Shaprijal dengan PEDi, beliau mempunyai pengetahuan dalam ICT pada tahap sederhana mahir dan beliau juga tidak tahu mengenai penggunaan Microsoft Office Excel untuk membuat akaun kira - kira untuk hasil pendapatan bulanan beliau.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Dengan adanya PEDi Kampung Darul Islam Belimbing, beliau dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu ICT sekaligus dapat memudahkan beliau untuk mengakses internet secara mudah dan mencari maklumat yang berkaitan dengan bisnes gerai minuman dan makanan di atas talian dan secara langsung dapat memberi sumber inspirasi untuk beliau membuat dekorasi gerai mengikut citarasa pelanggan.

3. Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDi

     1. Mempelajari Microsoft Office Word dan Excel untuk memudahkan Encik Jifudin menaip dan cara penyediaan buku kira - kira untuk menghitung untung rugi dengan lebih mudah dan kemas.

     2. Terlibat dengan kelas Keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

     3. Terlibat dengan Kursus Asas ICT (Media Sosial) untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang media sosial.

     4. Mempelajari cara membangunkan emel dan penggunaannya.

     5. Mempelajari cara menyunting video dengan lebih baik.

4. Bagaimana PEDi membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

   1. PI membantu memberikan latihan mengenai asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

    2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

    3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

    4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

    5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

    6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul dan pantas di internet.

Gambar Disini